Tuesday, September 21, 2010

Musim yang berubah

Istimewa dari Haizum dan Meza

Seminggu selepas Aidilfitri, cuaca di Halifax bertukar dengan drastik. Kebanyakan perempuan-perempuan di sini sudah mula menutup aurat, berjeket, ber'sweater' atau ber'kot' dan sesetengahnya bergaya dengan but hampir tinggi lutut. Aku juga telah melingungi diri dari kesejukan tidak kira siang atau malam.
Pada malam bila tiada teman berbicara, berbicaralah aku dengan screen monitor ini. Sudah 3 malam aku tidak dapat lena, sebaik sahaja kepala diletakkan ke bantal. Mungkin kerana mata belum benar-benar mengantuk, tetapi memaksa diri untuk tidur.
Sebaik-baiknya aku akan letakkan memori Syawal yang telah dilalui sejak 12 hari yang lalu. Pada petang Ramadhan terakhir, aku terus ber'skype' dengan anak-anak. Dapatlah didengari suara takbir dari surau kampung, anak-anak menjerit-jerit. Aku pula sambil-sambil menyiapkan juadah untuk esok hari. Masing-masing dengan baju raya yang telah aku siapkan sebelum ke sini.

Pagi 1 Syawal, seawal 730 aku telah berjalan kaki ke rumah Hazlin, untuk menunggu kenderaan ke tempat sembahyang. Oleh kerana masjid yang ada di sini terlalu kecil untuk menampung jemaah yang ramai, komuniti di sini melaksanakan solat hari raya di exibition center.

Antara rombongan terawal



Pelajar perempuan di Halifax, plus anak-anak Hazlin; Alia dan Aneeq


Panjang juga khutubah raya yang di sampaikan. Kami sampai di rumah pelajar lelaki hampir tengah hari. Masing-masing kelaparan. Menu hari raya; nasi pelangi, rendang, ayam masak merah, acar timun, nasi impit, kuah lode, kuah kacang, puding koktail, cup cake dan kuih raya.


Famili raya di Halifax , tiada dlm gambar Hazlin dan Meeza


1 comment: