20 Ogos, Sabtu; Hari ini adalah hari ke-6 berada di Halifax. Halifax adalah bandar pelabuhan yang menghadap laut Atlantic. Di penghujung musim panas ini matahari terbit pada pukul 6.30 dan terbenam pada 8.15 malam. Diberi Allah untuk berpuasa di tempat orang sejak 7 Ramadhan yang lalu. Peta menunjukkan kedudukan Halifax

Kesunyian pagi dikecohkan dengan hon kapal yang mungkin baru masuk ke pelabuhan, ketukan-ketukan di dek kapal... dan satu bunyi asing... burung pelican barangkali. Ramadhan ini seawal pukul 4 sudah bangun untuk sahur, waktu sahur tamat pukul 5. Rajin-rajin aku masak, kalo tidak maggi dan susu sahaja.
Sehari selepas sampai, penyelia aku di Dalhousie Univesity membawa aku ke bank untuk membuka akaun pada sebelah petang. Urusan di bank sangat pantas dan tidak perlu sedikit duit pun permulaan deposit. Hanya tunggu duit elaun dari IAEA yang diberi melalui CBIE. Kemudian ke superstore untuk membeli barang keperluan dapur. Belanja pertama ini sebanyak CND$118. Bila dibuat conversion kepada RM memang agak mahal. Jika disamaratakan nilai tersebut, itu adalah perbelanjaan biasa sekiranya di Malaysia. Di mana-mana sahaja barang makanan menjadi agak mahal. Mama di Sydney pun mengadu begitu.
Hari Rabu, pada hari ketiga, masih tidak masuk kerja lagi. Prof ke Toronto melawat penyelia ketika dia buat PhD yang berusia lebih 80 tahun. Dia anggap penyelianya itu sebagai bapa, kerana dia sendiri telah berada di Canada sejak berumur 22 tahun. Aku ajak student Malaysia, Azri untuk tunjukan cara-cara menaiki bus. Bus ke bandar CND$2.00, sebaiknya minta tiket kembali, hanya tunjukkan tiket tersebut sekiranya ingin ke tempat lain dalam tempoh 2 jam. Kami berhenti berdekatan Killam Library, Azri tunjukkan tempat-tempat di dalamnya, hanya di tingkat bawah. Kemudian kami ke tempat membeli-belah dipanggil Halifax Shopping Centre. Hasratnya untuk mencari laptop, sementara menunggu laptop yang dibawa dari Malaysia dibaiki. Akhirnya, aku membeli sebuah mini laptop HP berharga CND$333. Rata-rata harga barangan komputer di Canada memang murah. Harga sebuah mini di Malaysia bermula dgn RM1300. Hidup tidak lengkap dengan sebuah laptop dan disambung ke Internet.

Akhirnya, semalam dapat jua aku ber'skype' dengan anak-anak tersayang. Hari sebelumnya aku test skype dengan adik aku, Aisyah. Terlerai rindu-rindu mama......
Sehingga 26 ogos ini aku menumpang di rumah student Malaysia. Mereka berdua bercuti musim panas, seorang balik ke Malaysia, dan seorang lagi bercuti ke Toronto. Hanya aku berseorangan, sesekali berSMS dengan 2 pelajar perubatan Malaysia di sini yang telah menolong mendapatkan tempat penginapan untuk 10 hari... thanks gurls...