Tuesday, August 31, 2010

Gift of Ramadhan

Hari ini masuk kerja lewat, pukul 11. Lagi pun lab work belum mula. Malam tadi susah nak tidur, tidur dalam 3 jam sudah terjaga lebih kurang jam 130 pagi. Iftar malam sebelumnya telah dimurahkan rezeki berbuka di Hotel Westin. Hanya CND$60 dapat makan di hotel besar. Abir dan keluarganya menjemput aku dari rumah. Makan bersama-sama orang-orang Arab sekitar Halifax. Ini adalah sebagai satu usaha mereka untuk mendapatkan derma bagi pembinaan masjid di sini. Di samping itu dapat solat berjemaah dan mendengar ceramah setelah sekian lama tidak mengikut program penambahan rohaniah. Alhamdulillah....

Ketika azan berkumandang di dewan tersebut, rasa sebak di dada. Ada perasaan indah... di bumi terasing ini, bersama muka-muka yang asing, aku berbuka puasa di hotel mewah, mendengar ceramah dan mengeluarkan sedikit sedekah untuk usaha mereka. Sabtu lepas, semasa ber'skype' dengan ayah, dia berpesan supaya berbanyakkan sedekah... supaya dipermudahkan segala jalan. Ceramah malam tadi pun, banyak menyentuh tentang kelebihan orang-orang yang memberi.

Allah itu Maha Besar..... Di tempatkan aku dalam majlis tersebut, dengan hikmahnya telah aku hulurkan dengan apa yang termampu dengan harapan beroleh keberkatan Ramadahan ini, dan satu saham di akhirat dalam usaha fisabilillah. Masya-Allah......

3 comments:

  1. salam shifa,

    Walaupun terpaksa meninggalkan orgx yg tersayang kerana utk masa depan yg lebih baik dan tanggungjawab yg perlu dilaksanakan. Tabahkan hati dan kuatkan semangat menghadapi ujian ditempat orang.Semuga dipeliharaNya dan diberkatiNya...amin

    ReplyDelete
  2. shifa,

    thanks for dropping by kat blog dinoor. semoga kita semua menjadi hamba yang hampir dengan Allah. amin...

    ReplyDelete
  3. wow..cayalah shifa ada blog... good ..keep it up yer...

    ReplyDelete