Monday, October 11, 2010

Talking ‘bout area of expertise

We are almost at the end of 2010. And it also means I've been working with the agency for almost 9 years. We are the dominant group of 7 to 9 years' experience researcher that been recruited during the period that I like to call 'reformation'. Yes, that time we were young, freshly graduated and some of us had only 1-2 years working experience. And we had real huge gape of age from the dominant senior group that in 10 to 15 years' time they are on their retirement. The time is actually close, starting this year one by one of those experience seniors will be retired. My respectable guru will also join them in this coming December. Back to those young researches, they were the one that been pushed, forced, highlighted to learn everything related to research areas as fast as possible and to be in par with those seniors. Our presence had somehow reformed the research activities in the agency.

Fellow friends, we really have handy job to be done. One of the measuring criteria for a researcher is 'how expert you are in your research area?'. This can be shown by the number of publication, number of participation in national and international seminar, invitation to be a speaker for international conference, invitation from international organization such as IAEA to be in the expert mission to other country and so-on. One big question: Do you already recognize your area of expertise? In almost 1 decade, I think all of us should already hold their own 'steering'.

Just imagine; we are now choosing our favourite 'Camry, Accord, Merdz, BMW, Mazda etc' and holding the steering-wheel. Some of us had already put on the D-gear and pressing the fuel. How about those who still uncertain of their interest? Whatever the research nature; fully research or service cum research you are in, one can come across of their interest through daily laboratory work, discussion with colleague and superior, attending workshop, seminar, conference, meeting with well-known expert and do lots of reading. If all these may not help, probably one can put aside all your works and starting to put on a proposal to pursue MSc or PhD. I know that for doing so there are also challenge and obstacle waiting ahead…. never give up…… By carrying out an academic degree, this is also one of the strategy, mechanism, and pathway as well accelerates the researchers to become an expert in their area of interest.

Tuesday, September 21, 2010

Musim yang berubah

Istimewa dari Haizum dan Meza

Seminggu selepas Aidilfitri, cuaca di Halifax bertukar dengan drastik. Kebanyakan perempuan-perempuan di sini sudah mula menutup aurat, berjeket, ber'sweater' atau ber'kot' dan sesetengahnya bergaya dengan but hampir tinggi lutut. Aku juga telah melingungi diri dari kesejukan tidak kira siang atau malam.
Pada malam bila tiada teman berbicara, berbicaralah aku dengan screen monitor ini. Sudah 3 malam aku tidak dapat lena, sebaik sahaja kepala diletakkan ke bantal. Mungkin kerana mata belum benar-benar mengantuk, tetapi memaksa diri untuk tidur.
Sebaik-baiknya aku akan letakkan memori Syawal yang telah dilalui sejak 12 hari yang lalu. Pada petang Ramadhan terakhir, aku terus ber'skype' dengan anak-anak. Dapatlah didengari suara takbir dari surau kampung, anak-anak menjerit-jerit. Aku pula sambil-sambil menyiapkan juadah untuk esok hari. Masing-masing dengan baju raya yang telah aku siapkan sebelum ke sini.

Pagi 1 Syawal, seawal 730 aku telah berjalan kaki ke rumah Hazlin, untuk menunggu kenderaan ke tempat sembahyang. Oleh kerana masjid yang ada di sini terlalu kecil untuk menampung jemaah yang ramai, komuniti di sini melaksanakan solat hari raya di exibition center.

Antara rombongan terawal



Pelajar perempuan di Halifax, plus anak-anak Hazlin; Alia dan Aneeq


Panjang juga khutubah raya yang di sampaikan. Kami sampai di rumah pelajar lelaki hampir tengah hari. Masing-masing kelaparan. Menu hari raya; nasi pelangi, rendang, ayam masak merah, acar timun, nasi impit, kuah lode, kuah kacang, puding koktail, cup cake dan kuih raya.


Famili raya di Halifax , tiada dlm gambar Hazlin dan Meeza


Sunday, September 5, 2010

Memori Syawal

5 hari lagi Syawal bakal menjelma. Meninggalkan Ramadhan yang penuh keberkatan. Amalan-amalan mulia di bulan Ramadhan harap dapat diteruskan dengan istiqomah. Aku tertarik dengan amalan yang dilakukan Abir sekeluarga menjelang 10 Ramadhan terakhir ini. Mereka bersembahyang dengan menambah solat tahjud sehingga ke sahur. Sungguh gigih orang Arab ini meraikan Ramadhan. Kita di Malaysia bagaimana? 10 malam terakhir, sudah malas hendak ke terawih. Apa entah lagi untuk menghidupkan 10 yang terakhir itu.

Bila berada di perantauan ini, hanya lagu raya yang dapat memberi rasa Syawal. Maka terkenang akan Syawal yang sudah 30 tahun disambut. Pertama, teringat biskut-biskut raya yang Nek Uda buat. Tahun-tahun sebelum dia perlu menjaga anak-anak aku, itu lah rutinnya pada bulan Ramadhan, hampir-hampir 10 jenis biskut raya dibuatnya; biskut koko kelapa, Mazola, biskut kurma, jem lapis kelapa, Arab, tat nenas, biskut buah campur, biskut kelapa, kuih bijan, kuih ros dan bahulu. Ramadhan terakhir, dia akan buat kek kukus, ada kalanya sampai 3 biji. Rendang ayam dan daging juga wajib dimasak. Masa masih bersekolah, ketika itu arwah nyang dan tok nyang masih hidup, kami adik-beradik menolong menyediakan dan membakar lemang bersama-sama tok alang, tok teh dan arwah tok andak. Semua dibuat pada hari yang sama, lemang, rendang, ketupat dan bahulu. Ketupat pula Nek Usu yang paling pandai menganyam. Setiap tahun belajar, tapi tak pernah pass ;).

Masa bunga api dan mercun belum diharamkan, itulah masa yang sangat menggembirakan...lebih-lebih lagi zaman riang-ria.2 minggu selepas puasa, ayah rajin juga belikan bunga api. Aku akan gantung bunga api tu pokok bunga kertas mama, dan nyalakan satu persatu. Pokok tu macam pokok krismas padaku. Acara penutup setiap malam ialah membakar bunga api yang mengeluarkan corak yang cantik. Kini, aku, abang dan adik-adik yang lain tak dapat beri keseronakan itu kepada anak-anak ku dan anak-anak buah kami. Sungguh 'kejam'.......

Memori berterawih tidak banyak. Biasanya aku akan ikut mama. Tapi aku ingat akan gelagat adik lelaki ku yang dua orang. Beza umur mereka hanya 3 tahun. Jadi dorang la hero di surau. Selepas makan moreh di surau, biasanya akan tapau pula untuk rumah. Adakalanya, bila ada orang bawa moreh burger, dorang akan letak 2 dipoket baju melayu dan satu di dalam songkok.

Persiapan Syawal yang menjadi kenangan ialah membeli baju dan kasut baru. Ada satu tahun tu, ketika umur 10 atau 11 tahun, aku ada 10 pasang baju baru. Mama, Nek Uda dan Nek Angah belikan. Koleksi baju akan lengkap dari seluar panjang, skirt hingga ke baju tidur. Lokasi membeli-belah kami ialah di Jalan Tunku Abdul Rahman. Ketika Sogo belum ada, Globe dan Mun Long lah yang menjadi perhatian. Ramainya la umat manusia di Jalan TAR bersesak-sesakan. Kalo sekarang disuruh pergi pun tak mahu la.

Mama pula akan mengemas rumah menjelang Syawal. Tukar langsir, tukar kusyen, tukar bunga, mop lantai, lap cermin tingkap. Mama akan basuh balang kuih raya, gelas-gelas untuk dihidang pada hari raya. Kami akan kemas bilik tidur masing-masing. Pasangkan alas tilam dan bantal yang baru. Tugas aku yang wajib ialah mengumpulkan kad-kad raya yang kami adik-beradik dapat untuk digantung. Apabila digabungkan semua memang banyak sangat. Bila umur makin meningkat, kad raya semakin susut. Setelah aku mula kerja, tahun tersebut memang tiada kad raya digantung sehinggalah hari ini.

Memori indah Syawal biasanya pada hari pertama. Dari kecil lagi, kami akan beraya di Kajang dulu baru balik Tanjung Malim. Aku tak ingat sama ada kami pernah beraya di Tanjung Malim dulu. Pagi raya, kami bersarapan dulu sebelum ke surau. Menu utama yang mama masak setiap pagi raya ialah nasi impit, kuah kacang dan masak lode. Rendang biasanya Nek Uda yang masak. Rindu rasanya kerana sudah 3 tahun berturut-turut tidak makan air tangan mama pada pagi raya. Selepas solat raya selesai, kumpulan akan dibahagi-bahagikan untuk 'naik ke rumah'. Amalan itu tak pernah lekang, walaupun ada satu tahun AJK surau bercakaran sehingga tiada aktiviti 'naik ke rumah'. Aku tolong mama siapkan balang-balang kuih raya, biasanya menu kuih raya akan sama sahaja dari rumah nek uda, nek usu dan rumah mama ;).

Kemudian kami akan bersiap-siap untuk balik ke Tanjung Malim untuk 2 malam. Di Tanjung Malim kemeriahannya boleh tahan juga. Bayangkan, ayah ada 10 orang adik-beradik. Jadi setiap tahun kami akan kira jumlah cucu-cucu nenek. Rumah papan nenek bagai nak roboh dengan keriuhan kami. Malam hari kami akan menonton tanyangan movie hari raya dari tv nenek yang tak berapa besar dengan sepupu yang hampir 20 orang. Setiap kali apabila hendak balik ke Kajang, pasti arwah nenek bekalkan kuih bahulu yang dia buat. Bahulu dia pun ada 'klas tersendiri'. Sejak nenek meninggalkan, kami tidak pernah beraya di rumah kampung itu. Kami akan beraya di rumah pak long, itu pun balik hari. Hari raya semakin berubah...

Selain menziarahi saudara-saudara, semasa umur antara 11-14 tahun antara Syawal yang terbaik. Aku dan rakan-rakan sekolah akan pergi open house ke rumah satu sama lain. Antaranya kawan-kawan di Taman Mesra – Azlin, Arthina dan Juneta serta kawan-kawan di Sungai Sekamat – Yanthy, Fariza, Eti. Mereka semua berada dalam lingkungan 2km dari rumah aku. Itulah masa untuk mengumpulkan duit raya. Setelah tingkatan 3, masing-masing telah membawa haluan sendiri.

Apabila aku sendiri sudah berkeluarga, segala memang nampak lain bila Syawal tiba. Syawal itu untuk anak-anak... Tahun ini, Syawal yang tiba amat berlainan sekali. Hana, tahun pertama Hana lahir, mama tak dapat beraya bersama sayang. Hana beraya dengan papa, kakak sufi, abang faris, pak ngah, mak ngah, kakak mira, kakak khalillah, pak teh, mak uda, nyang uda, nyang ngah, nyang usu, tok nyang usu, tok mok, nenek is dan tok wak imran J

SYAWAL DI TAHUN PERTAMA PERKAHWINAN


SYAWAL DI TAHUN KETIGA



SYAWAL DITAHUN KEEMPAT



SYAWAL DITAHUN KELIMA


Tuesday, August 31, 2010

Gift of Ramadhan

Hari ini masuk kerja lewat, pukul 11. Lagi pun lab work belum mula. Malam tadi susah nak tidur, tidur dalam 3 jam sudah terjaga lebih kurang jam 130 pagi. Iftar malam sebelumnya telah dimurahkan rezeki berbuka di Hotel Westin. Hanya CND$60 dapat makan di hotel besar. Abir dan keluarganya menjemput aku dari rumah. Makan bersama-sama orang-orang Arab sekitar Halifax. Ini adalah sebagai satu usaha mereka untuk mendapatkan derma bagi pembinaan masjid di sini. Di samping itu dapat solat berjemaah dan mendengar ceramah setelah sekian lama tidak mengikut program penambahan rohaniah. Alhamdulillah....

Ketika azan berkumandang di dewan tersebut, rasa sebak di dada. Ada perasaan indah... di bumi terasing ini, bersama muka-muka yang asing, aku berbuka puasa di hotel mewah, mendengar ceramah dan mengeluarkan sedikit sedekah untuk usaha mereka. Sabtu lepas, semasa ber'skype' dengan ayah, dia berpesan supaya berbanyakkan sedekah... supaya dipermudahkan segala jalan. Ceramah malam tadi pun, banyak menyentuh tentang kelebihan orang-orang yang memberi.

Allah itu Maha Besar..... Di tempatkan aku dalam majlis tersebut, dengan hikmahnya telah aku hulurkan dengan apa yang termampu dengan harapan beroleh keberkatan Ramadahan ini, dan satu saham di akhirat dalam usaha fisabilillah. Masya-Allah......

Thursday, August 26, 2010

In the lab

Too much reading through the laptop screen makes my eye tired. Then, I take a nap about 15 minutes. Abir by lab colleague offers me to hear Quran recitation. Make me so calm. Abir comes from Libya. She is pursuing her PhD degree. We share same supervisor, same laboratory but totally different field of research interest. She is interested on organic compound in which I totally don’t have any idea. Organic chemistry is something alien to me indeed I'm not in pure chemistry previously. I only love chemistry that has relation in environmental field particularly inorganic compound. Abir has only son of 6 years old. I haven’t met her family yet. One day she will invite me for iftar. She was so shocked when I told her I had 3 kids on the first day we met.

Yesterday Prof brought the stuff for my experimental work. Unfortunately, there are a lot of chemicals that I need not in the boxes that being kept by his previous PhD student. We need to order them and it may take another 2 weeks to have them on the laboratory bench. That’s mean in 2 weeks time all I need to do is reading, searching, reading again and taking notes. Grhhhhh.....

Saturday, August 21, 2010

Little world in Halifax

20 Ogos, Sabtu; Hari ini adalah hari ke-6 berada di Halifax. Halifax adalah bandar pelabuhan yang menghadap laut Atlantic. Di penghujung musim panas ini matahari terbit pada pukul 6.30 dan terbenam pada 8.15 malam. Diberi Allah untuk berpuasa di tempat orang sejak 7 Ramadhan yang lalu. Peta menunjukkan kedudukan Halifax

Kesunyian pagi dikecohkan dengan hon kapal yang mungkin baru masuk ke pelabuhan, ketukan-ketukan di dek kapal... dan satu bunyi asing... burung pelican barangkali. Ramadhan ini seawal pukul 4 sudah bangun untuk sahur, waktu sahur tamat pukul 5. Rajin-rajin aku masak, kalo tidak maggi dan susu sahaja.

Sehari selepas sampai, penyelia aku di Dalhousie Univesity membawa aku ke bank untuk membuka akaun pada sebelah petang. Urusan di bank sangat pantas dan tidak perlu sedikit duit pun permulaan deposit. Hanya tunggu duit elaun dari IAEA yang diberi melalui CBIE. Kemudian ke superstore untuk membeli barang keperluan dapur. Belanja pertama ini sebanyak CND$118. Bila dibuat conversion kepada RM memang agak mahal. Jika disamaratakan nilai tersebut, itu adalah perbelanjaan biasa sekiranya di Malaysia. Di mana-mana sahaja barang makanan menjadi agak mahal. Mama di Sydney pun mengadu begitu.

Hari Rabu, pada hari ketiga, masih tidak masuk kerja lagi. Prof ke Toronto melawat penyelia ketika dia buat PhD yang berusia lebih 80 tahun. Dia anggap penyelianya itu sebagai bapa, kerana dia sendiri telah berada di Canada sejak berumur 22 tahun. Aku ajak student Malaysia, Azri untuk tunjukan cara-cara menaiki bus. Bus ke bandar CND$2.00, sebaiknya minta tiket kembali, hanya tunjukkan tiket tersebut sekiranya ingin ke tempat lain dalam tempoh 2 jam. Kami berhenti berdekatan Killam Library, Azri tunjukkan tempat-tempat di dalamnya, hanya di tingkat bawah. Kemudian kami ke tempat membeli-belah dipanggil Halifax Shopping Centre. Hasratnya untuk mencari laptop, sementara menunggu laptop yang dibawa dari Malaysia dibaiki. Akhirnya, aku membeli sebuah mini laptop HP berharga CND$333. Rata-rata harga barangan komputer di Canada memang murah. Harga sebuah mini di Malaysia bermula dgn RM1300. Hidup tidak lengkap dengan sebuah laptop dan disambung ke Internet.




Akhirnya, semalam dapat jua aku ber'skype' dengan anak-anak tersayang. Hari sebelumnya aku test skype dengan adik aku, Aisyah. Terlerai rindu-rindu mama......

Sehingga 26 ogos ini aku menumpang di rumah student Malaysia. Mereka berdua bercuti musim panas, seorang balik ke Malaysia, dan seorang lagi bercuti ke Toronto. Hanya aku berseorangan, sesekali berSMS dengan 2 pelajar perubatan Malaysia di sini yang telah menolong mendapatkan tempat penginapan untuk 10 hari... thanks gurls...

Saturday, August 14, 2010

Journey of a long day

Satu perjalanan yang panjang bakal ditempuh pada hari ini. Perjalanan untuk mencari ilmu, meninggalkan semua yang ada di sini. Hanya doa yang tidak putus-putus kepada Allah supaya dilindungi mereka yang aku tinggalkan.

Ramadhan dan raya diperantauan. Pasti ada pengalaman yang cukup berharga. Selamat tinggal sayang...

Friday, July 30, 2010

Menghitung hari

Hanya ada 15 hari lagi untuk abang dan anak-anak. 4 bulan seterusnya aku di Canada. Ada pernah bertanya; apa perasaan akan meninggalkan anak? Dengan muka tenang, aku senyum sahaja.
Paling lama hanya seminggu untuk kursus-kursus singkat. Masa masih belum ada anak, selepas 4 bulan kahwin, aku ke Belgium 1 bulan. Sepatutnya 3 bulan, tapi kena hantar balik sebab dah mengandung 1 bulan.

15 hari untuk aku menghabiskan sebaik mungkin masa berkualiti untuk anak-anak. Memasak, mandikan, tidur dengan dorang. Pasti airmata akan berderai tanpa henti sehingga ke balai menunggu. Inilah wajah-wajah yang akan aku tinggalkan 'sebentar'.... Mama gonna miss u


Thursday, July 29, 2010

A Visit to Canada High Comm: A lesson to learn PART2

Mari bersambung lagi. Gambar untuk dihantar semasa application perlu latar belakang putih. Ada ukuran tertentu bagi muka kita dalam gambar tu. Jadi bawalah guideline untuk gambar semasa ambil gambar dan tunjukkan kat tokei kedai. Ini juga boleh menyebabkan kita melawat High Comm. banyak kali.

Semua keperluan ini mencukupi, kita akan diberi slip collection TAPI tak gerenti kita akan dapat visa pada tarikh yang tercatat di atas slip itu. Maka akan ditulis tarikh baru. Bagi staff kerajaan, kita boleh pohon DIPLOMATIC NOTE dari WISMA PUTRA untuk dilampirkan semasa proses permohonan. Melalui dokumen ini semua urusan visa akan serba sedikit dimudahkan. Contohnya, Kedutaan Amerika yang biasanya ada temuduga berjela-jela, mungkin termuduga kurang 5 minit atau tidak ada langsung. Dan rezeki baik akan diberi visa diplomatik.

Rumusannya, aku melawat High Comm Canada sebanyak 5 kali.
1. 1 kali tersalah nama dalam bank draf.
2. Hantar borang permohoan, diterima dan diberi slip collection.
3. Datang untuk ambil visa, responnya belum finalize lagi, perlu datang semula 10 hari kemudian.
4. Datang semula dengan harapan visa sudah siap sambil bawa nota diplomatik, responnya, masih belum finalize, tidak diberi temujanji baru, diambil slip collection, diberitahu pegawai akan hubungi aku minggu depannya. Tunggu sampai hari khamis depannya, tiada sesiapa dari High Comm telepon, aku yang telepon namun tidak ada pegawai yang angkat telepon. Alternatifnya, aku email dorang. Responnnya, visa aku sudah siap dan boleh diambil. Agaknya, kalo aku tidak sibuk tanya, adakah dorang akan telepon aku??!!
5. Alhamdulillah, visa aku siap, diberi status 'student visa', visa valid sampai Julai 2012 dan harus kumpul duit banyak-banyak untuk pergi lagi ke sana sebelum 2012.
Jumlah hari berurusan sehingga mendapat visa ialah 29 hari termasuk cuti umum.

Wednesday, July 7, 2010

A Visit to Canada High Comm: A lesson to learn

Canada High Comm terletak di Menara Tan & Tan di Jalan Tun Razak, di simpang Lorong Kuda untuk ke basement parking KLCC. Dalam bangunan tu terdapat banyak embassy seperti Brazail, Saudi Arabia, Syria, Venuezela dan entah berapa lagi. Hari ini adalah lawatan ketiga untuk apply visa, selepas dari 28 Jun dan 30 Jun. Ini adalah negara kedua yang aku akan pergi, perlu buat visa. Tahun lepas aku buat visa untuk ke Jepun. Perbezaan cara proses visa kedua-dua negara ini macam langit dan bumi. Jepun sangat efficient dan tepat. Hari ini hantar application, diberi slip... 3 hari lagi suruh datang pasti siap. Kalo ada apa-apa dia akan email atau call.

Canada High Comm ermmmm... geram. Kena sabar banyak-banyak, dan kita kena teliti. Tak tahu la kalo kes visiting, belajar atau business trip. Situasi aku, more likely job on training di sebuah universiti di Nova Scotia, Canada. First, kena visit website dia. Baca lah dengan teliti. Untuk apply Temporary Resident Visa (TRV), print out dan bacalah sehingga paham guideline book dia, 10 kali khatam pun tak per.

Bab isi borang, print out borang kosong untuk dibuat sebagai working sheet, tulis, highlight dan conteng-conteng mana perlu. Then, isi terus dalam pdf nya. Yang tinggi sikit pasal application ni, butiran pasal mak bapak kena bagi tepat, adik beradik pun kalo ader 10, semua kena tulis, dan anak-anak. Tadi masa aku beratur, depan aku Chainise man, visa dia tak dapat proses lagi sebab column untuk parent tidak diisi surname bapak dia. Then attach dokumen yang berkaitan, surat jemputan dari company, universiti atau agensi dari sana. Make sure orang di Canada tu postkan dokumen yang original ke High Cpmm, KL. Kena ada dokumen bagi tahu financial support kita di sana, dibayar oleh org sana atau kita self-support. Additional dokumen bagi kes aku, kena buat CV- curriculum vitae. CV requirement tu tidak dicatat dalam TRV guideline, thanks to my friend cause he had already gone through this.

Processing fee, lagi bab yang sangat temeh. Dia hendak dalam bentuk Bank DRAFT dalam CANADIAN dollar. Pergi la mana-mana local bank, maybank, CIMB, Muamalat pasti tidak akan membantu. Solutionnya, hanya international bank, standard charted, HSBC, citibank sahaja yang boleh buat. Dan yang sakitnya, kita mesti ada akaun dengan bank tersebut untuk dapatkan facility bank draft. Pengalaman aku memang perit bab ni. Nama penerima kena check dulu sebelum keluar bank, kalo salah kena buat baru.

Setakat ini dulu... nanti kita sambung semula untuk bab gambar, bukan macam gambar pasport Malaysia.

Tuesday, July 6, 2010

Wasiat penting untuk diriku, anakku dan generasiku

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W


Pada suatu ketika dahulu wasiat ini diperolehi dalam circle email. Kekadang sampai tak tahu mana dia disimpan. Untuk tatapan hati dan minda pada hari akan datang wasiat ini diletakkan pada entry awal. Selain al-Quran dan sunnah yang ditinggalkan baginda, kata-kata terakhir ini juga harus sentiasa diingati. Di samping mengingatkan kita tentang hal-hal wajib iaitu solat, puasa, zakat dan haji, baginda mengingatkan kita tentang tanggungjawab kita yang lain sebagai umatnya. Antaranya, persaudaraan kita sesama Islam dan menjaga setiap jiwa dan harta orang Muslim. Hari ini jiwa dan harta orang Muslim amat mudah tergadai ditangan saudara Muslimnya sendiri.

Perkara yang menarik minat aku dalam wasiat baginda ialah peringatan untuk lelaki, khasnya seorang suami. Suami itu pemimpin dalam negara bernama rumah. Amat besar tanggungjawab yang diamanahkan olah baginda untuk mereka.

Friday, July 2, 2010

Logbook with the blog

Creating a blog to keep some piece of my life journey into words. Someone have said that writing will keep your mind active....